suasana yang terik membuatkan diriku kehausan..lantas kucapai segelas air lalu meminumnya...rezeki yg tidak henti-henti membuatkan diri ini lesu..namun aku amat b'syukur kerna allah maha penyayang...walaupun kepenatan harus ku gagah jua kerna itu adalah periuk nasi keluargaku..ia juga rezeki yang telah membesarkan aku...jam tidak terhenti dan terus berdetik..kini..petang sudah memainkan peranannya...namun...aku berasa tidak selesa dengan keadaan tubuhku...aku tidak pasti sama ada aku kepenatan atau sebaliknya...selera makanku sekelip mata hilang...sup nasi yang berada diatas meja hanya dipandang oleh aku tanpa rasa untuk mulut berperanan...ntah bagaimana...hanya sekelip mata sahaja aku terasa seperti tidak berpijak dibumi...lantas aku bergegas ke bilik air...aku tidak henti-henti memuntahkan kembali isi perut aku...aku tidak tahu apa yang tidak kena dengan diriku pada ketika itu..setelah selesai aq membasuh mulutku...tanpaku sengaja aku memandang cermin yang ada didalam bilik air tersebut...pada waktu itu...aq berasa takut....dan amat takutuntuk memandang wajahku sendiri...aku terus berlari dan memeluk ayahku yang ketika itu berada di dapur....berderai-derai airmata ku keluar...abah yang kehairanan pada ketika itu tersentap dengan kelakuan ku...lalu bertalu-talu bertanya kepadaku apa yang terjadi...namun aku terus mengalirkan air mata tanpa dapat lagi mengawal lagi diriku....selepas beberapa minit kemudian...aku terus lepaskan pelukanku dan terus berlalu dan keluar dari kedai melalui pintu belakang...aku berjalan tanpa arah tujuan...namun..aku amat bersyukur kerana allah amat mengasihi...walaupun ketika itu aku tidak dapat lagi mengawal diri...aku telah selamat pulang kerumah....sesampai sahaja aku dirumah...aku terus melulu masuk kedalam kamarku dan mengunci pintu bilik..pada masa yang sama juga...teman-teman abangku berada dirumah...disebabkan krisis yang berlaku meraka telah mengekori abangku dari terengganu..salah seorang teman abangku telah mengetuk pintu kamarku kerna hendak bertukar pakaian..namun...aku hanya buat tidak endah sahaja...dalam hati...aku sudah terjerit-jerit,,,pada ketika itu...diriku bkn aku lagi....aku hanya mengalirkan air mata...aku memohon kepada allah agar selamatkan aku...setelah beberapa minit...aku terus mencapai handphone dan menghantar pesanan ringkas kepada teman abangku(kak hani)..
" akk tlg shira....tlg bacakan yassin kat shira...merayu sgt2 akk"
resah hati aku ketika itu...telah kuduga yang dia tidak akan mengerti....tiba-tiba kakiku bergerak sndiri tnpa kurela...aku telah dibawa ke kerusi rehat yang berada diluar rumah...ketika itu senja telah menjelang dan azan magrib bakal berkumandang....jiranku nth pulang dari mana tiba-tiba menyapa diriku...
" shira...buat pe duduk sorang-sorang kat luar tuu "
namun aku hanya memandangnya dan mengalir air mataku...abah yang ketika itu baru pulang terus menyapaku dan menyuruh aku masuk kedalam rumah....namun tiada reaksi yang kuberi...jiran aku hanya memerhati gelagat aku dan abahku...tanpa dapat aku kawal aku terus menjerit tidak hent-henti....aku bagaikan dirasuk oleh sesuatu....abah yang terkejut pada ketika itu terus memanggil meraka yang berada didalam rumah...tnpa berlengah lagi...aku diangkat masuk kedalam rumah....aku telah mencetuskan rasa gelisah terhadap mata-mata yang memandang aku ketika itu....aku telah meracau dan berkelakuan pelik....ebu yang ketika itu resah telah menelefon beberapa orang pengamal perubatan islam...tidak kurang dengan itu...kak hani turut menghubungi kenalannya juga seorang pengamal perubatan islam....ustaz itu telah memberitahu bahawa benda itu terletak dikemaluanku...ada seseorang yang telah menghantarnya kepadaku kerna berminat terhadap diriku....namun...ustaz itu tidak boleh mengeluarkan benda itu kerana kedudukannya yang amat jauh....setelah sejam berlalu....aku merasakan sesuatu didalam badanku yang hendak ditarik keluar..namun mulutku tidak henti-henti berkata
"ebuuuuu....suruh la naim stop buu...sakittttttt sangat-sangat "
ebuku ketika itu hanya kaku terdiam....aku ketika itu lemah tak bertenaga kerana dipegang dengan begitu kemas oleh teman abang2 ku..namun...usaha naim yang cuba menolong aku turut tidak berhasil...beberapa ketika kemudian ustaz wida dan rakannya telah berada dirumahku...aku telah diubati dan kembali normal...
menurut cerita ustaz... " dia " ( yang telah menghatar ) mengupah sami ditokong hindu....jadi benda itu berasal dari tokong hindu..ustaz itu juga ada mengatakan pada ketika itu ramai orang yang menolong diriku...malam itu...aku telah tidur bersama kak hani...kak hani yang menceritakan apa yang terjadi kepadaku...malu menghantui diriku..
- akan disambung -
No comments:
Post a Comment